PENGENALAN
- Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”.
- Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint.
- Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks.
- Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
- Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.
1. STRUKTUR HIERARKI
- Dikenali sebagai struktur pokok.
- Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
- Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.
- Peranan guru :
- Peranan guru menyediakan satu laman web utama yang di dalamnya mempunyai beberapa pautan yang boleh membantu murid-murid menyelesaikan tugasan atau latihan mereka
- Peranan murid :
- Murid perlu melayari laman induk terlebih dahulu untuk melihat struktur perpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
- Tahap keberkesanan :
- Kesimpulannya murid dapat menggunakan satu laman web yang akan menghubungkan mereka kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk utama mereka.
- Mempunyai satu nod utama dan kemudian bercabang untuk membentuk beberapa nod lain & ia digambarkan seperti satu pokok.
- Membolehkan pengguna melalui ruang informasi dalam aplikasi yang menarik minatnya dengan memilih jalan menuju ke ruang tersebut.
- Aplikasi: tutorial yang menawarkan beberapa topik.
- Cara navigasi:
- Ke atas dan ke bawah cabang utama atau cabang anak
- Boleh kembali ke nod utama dalam cabang anak juga boleh kembali ke nod utama dalam aplikasi
- Kemudahan navigasi adalah penting dalam struktur ini
- Berkesan bagi aplikasi dimana informasi dibahagi-bahagikan kepada beberapa hierarki
- Akan mendatangkan masalah sekiranya aplikasi mempunyai terlalu banyak paras informasi -> pengguna hilang arah dalam aplikasi
2. STRUKTUR KOMPOSIT
- Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
- Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
- Kesan kepada murid :
- Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
- Kepentingan akses struktur perpautan :
- Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan
3. STRUKTUR LINEAR
- Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
- Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
- Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
- Struktur linear mampu mengetengahkan konsep zooming kepada informasi yang lebih spesifik.
- Memerlukan pengguna navigasi ruang informasi melalui satu garis lurus (satu arah atau 2 arah).
- Sesuai bagi aplikasi kecil & tidak kompleks (tutorial, persembahan slide, sistem tempahan, aplikasi cerita, dll)
- Variasi kepada struktur linear adalah struktur linear-loncat yang menawarkan kebolehan untuk loncat keluar dari jujukan linear ke menu utama. Dari menu utama pengguna boleh pilih nod lain dan loncat kepadanya.
4. STRUKTUR RANGKAIAN
- Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
- Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel .
- Laman Web yabg mempunyai sistem perpautan
- en.wikipedia.org/wiki/Malaysia
- Setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain.
- Dengan mengklik sesuatu paparan itu akan diperolehi dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hyperpautan.
- Walaupun laman web yang dicari berbeza namun setiap laman web berkai rapat antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment