- Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
- Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
1. Penggertak (Cracker)
- Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
- Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
- Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.
- Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
- Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
- Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Prinsip Etika Komputer
1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat
mesti faham dan menerima risiko yang akan
dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka
lebih bersedia menerima sebarang risiko yang
timbul.
3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti
diagih secara adil. Mereka yang menerima
kebaikan patut menanggung sama risiko dan
mereka yang tidak menerima kebaikan tidak
patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang
diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan
mengelak risiko yang tidak berkaitan dan
diminimumkan agar manfaat yang diterima
daripada teknologi maklumat adalah lebih
daripada risikonya.
Rukun Etika Komputer
Sepuluh perintah tersebut adalah panduan kepada
pengguna dan profesional komputer oleh
Computer Ethics Institute seperti:
1. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer
orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang
lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau
sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang
rasa dan hormat kepada manusia lain.
No comments:
Post a Comment