Friday, April 13, 2012

INTERAKSI 4 : PEMILIHAN BAHAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
  • Syair
  • Pantun
  • Seloka
  • Gurindam
  • Puisi
  • Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik

Pemilihan bahan sastera perlu mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
Bahan tatabahasa
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa;
  • Kata nama
  • Kata Hubung
  • Kata kerja
  • Kata sendi nama
  • Kata nama khas
Bahan bidang ilmu lain
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, dan Matematik.

No comments:

Post a Comment