Tuesday, April 24, 2012

INTERAKSI 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA


Seminar
Menurut Kamus Pelajar, seminar merupakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
  • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
  • Penggunaan komputer di sekolah
  • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Pameran
Pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.
Jenis-jenis pameran:
BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan.
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

Monday, April 23, 2012

SASTERA


ENTAHKAN JADI ENTAHKAN TIDAK
Tidak mengira manusia
Sama saja..
Di dalam diam ada hati,
Ingin bercinta..

Orang muda menanggung rindu,
Orang lama menanggung ragam,
Carilah..pilihlah..yang sepadan..

Jika bercinta jangan hanya ikut rasa..
Guna akal guna fikiran,
Berwaspadalah..
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna,
Terlajak..tindakan..merana..

Mata bertentangan mata,
Bak minyak disambar api,
Janganlah asyik bercinta,
Semua kerja tak jadi..

Seperkara usah lupa,
Memohon izin doa restu,
Saudara..ayah..ibu..

Berenang-renang di muara,
Hati-hati dilambung ombak,
Dah berzaman asyik bercinta,
Entahkan jadi entahkan tidak..

Disebut-sebut peribahasa,
Habis madu sepah dibuang,
Usahlah begitu hendaknya,
Terlanjur..bercinta..berkekalan..

 Nilai-nilai yang terdapat dalam lagu Entahkan Jadi Entahkan Tidak ialah;

Bil.

Nilai-nilai



1.

Kemasyarakatan


Melalui lagu ini, pengubal cuba menyampaikan nasihat kepada golongan yang sedang bercinta dengan cara yang lebih lembut dan menggunakan bahasa yang indah serta mudah difahami. Contohnya dalam perenggan;
  
Jika bercinta jangan hanya ikut rasa..
  Guna akal guna fikiran,
  Berwaspadalah..
  Sesal dahulu pendapatan,
  Sesal kemudian tidak berguna,
  Terlajak..tindakan..merana..


2.

Kemanusiaan


Dalam lagu ini, nilai kemanusiaan yang ingin disampaikan adalah mengenai nilai kasih sayang antara pasangan kekasih. Contohnya dalam perenggan;

Tidak mengira manusia
Sama saja..
Di dalam diam ada hati,
Ingin bercinta..



3.

Keindahan bahasa


Pengubal lagu menyelitkan unsur peribahasa di dalam seni kata contohnya;
1)    Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
2)    Habis madu sepah dibuang




4.


Moral



Pengubal cuba menasihati setiap individu agar sentiasa menjaga tingkah laku dan memelihara kehormatan diri ketika sedang bercinta. Contohnya dalam perenggan;
 
  Jika bercinta jangan hanya ikut rasa..
  Guna akal guna fikiran,
  Berwaspadalah..
  Sesal dahulu pendapatan,
  Sesal kemudian tidak berguna,
  Terlajak..tindakan..merana

ALAMAT INTERNET


Tatabahasa
http://tatabahasabm.tripod.com/bank/tatabahasa.pdf

KATALOG ALAMAT INTERNET
TAJUK
KATA ADVERBA
URL

SINOPSIS

 Kata adverba ialah per­kataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Kata adverba boleh terdiri daripa­da kata tunggal, kata terbitan dan kata ganda, dan boleh juga digo­longkan ke dalam golongan kata lain. Satu sifat kata adverba ialah kata ini boleh hadir dalam ayat dalam dua kedudukan, iaitu sama ada sebelum unsur yang diterangkan atau selepas unsur yang diterang­kan.
 Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk, iaitu:
i) kata adverba jati; ii) kata adverba yang asalnya kata adjektif; iii) kata adverba yang asalnya kata kerja; dan iv) kata adverba bentuk kata ganda.


TAJUK
KATA ADJEKTIF
URL

SINOPSIS
Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. Iaitu;
sifat, warna, ukuran, waktu, bentuk, jarak, cara, pacaindera dan perasaan.
Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan – awalan, apitan dan sisipan.


Sunday, April 22, 2012

INTERAKSI 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM P&P BAHASA MELAYU


Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
Contoh Jenis Cakera Padat
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
· Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
· Cakera latihan tatabahasa

INTERAKSI 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU











 Mengaplikasi  transition pada slaid :