Friday, February 24, 2012

INTERAKSI 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Enjin Pencari
  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
Tujuan
  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
Cara Mengkategorikan Maklumat:
  • Gambar 
  • Video
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan
  • Ruangan
Cara mendapatkan maklumat di internet
  1. Mengenal pasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba untuk menggunakan enjin pencari yang berlainan)
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.
 

INTERAKSI 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

Internet merupakan satu sumber pengetahuan yang berguna. Seandainya dimanfaatkan, internet boleh menjadi alat untuk membantu dan memperkukuh pengajaran. Konsep pembelajaran menggunakan internet sedang dilaksanakan dengan tertubuhnya projek-projek seperti Universiti Maya dan Sekolah Bestari. Selain daripada itu terdapat juga penyedia perkhidmatan seperti Blackboard (www.blackboard.com) yang menyediakan perkhidmatan percuma kepada pengendali kursus jarak jauh.
 Selain daripada penyediaan kursus melalui internet, bahan-bahan pengajaran juga mudah didapati dari internet. Kalau dulu kita terpaksa menghabiskan masa berjam-jam mencari bahan yang kita kehendaki di perpustakaan, kini maklumat tersebut hanya dihujung jari. Pencarian yang pantas ini dilakukan dengan menggunakan enjin carian seperti Alta Vista, Yahoo!, Infoseek dan lain-lain lagi.
Tujuan penggunaan internet bukan untuk menggantikan pengajaran bersemuka dengan pengajaran berasaskan internet tapi lebih kepada menyokong dan memudahkan pengajaran secara bersemuka.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dan lain-lain.
www.yahoo.com

www.bing.com

www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat
contoh di bawah.


Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan.

Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut;

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “artikel pencemaran alam sekitar”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

Alamat Internet
Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi.